BUKIT MERTAJAM 21 Dis. – Seorang wanita warga Vietnam ditemukan mati di ruang tamu rumah sewanya di Taman Duku, Juru, di sini hari ini. Mayat Thi Thuong Nguyen, 26, ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian oleh seorang rakannya kira-kira pukul 1.30 petang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rakan mangsa memaklumkan dia tidak dapat menghubungi mangsa sejak dua hari lalu. “Rakan mangsa mendapati…









