BERA 12 Dis. – Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang dalam keadaan sudah berulat ditemukan di dalam parit di Ladang Sawit Bera Selatan 4 Bandar 32,l dekat sini, semalam. Ketua Polis daerah, Superintenden Mansor Samsudin berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam air paras buku lali dengan keseluruhan kepalanya berada dalam air. “Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian baju kemeja merah bercorak berbunga kecil. “Mangsa dipercayai meninggal dunia…