Mayat paraglider Perancis ditemukan tengah hari tadi - Utusan Malaysia

Mayat paraglider Perancis ditemukan tengah hari tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 9 Dis. – Mayat para-peluncur (paraglider) Perancis yang dilaporkan hilang ketika penerbangan semalam ditemukan hari ini. Menurut Polis New South Wales, mangsa, Pierre Naville, 67, berlepas bersama tujuh lagi paraglider dari lapangan terbang kecil berdekatan bandar kecil, Wilcannia pada tengah hari semalam. “Mereka semua telah selamat mendarat di sebuah lebuh raya kira-kira 160 kilometer ke Selatan kecuali mangsa. “Pencarian darat dan udara digerakkan dan mayat mangsa ditemukan di kawasan hutan belukar berdekatan tempat pendaratan pada tengah hari tadi,” katanya. Pihak berkuasa sedang mengambil mayat mangsa ketika ini. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN