SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 32 tahun maut dilanggar sebuah lori tiga tan sewaktu membaiki tayar kenderaannya di lorong kecemasan di Kilometer 269.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, semasa kejadian mangsa dan empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari Jempol, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza. “Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian tayar sebelah hadapan kanan. Pemandu tersebut memberhentikan kenderaannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya