LONDON 31 Dis. – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris menegaskan dia mahu menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat pasukannya pada musim ini.
Ketika ini Spurs dilihat mempamerkan aksi meyakinkan di bawah kendalian Mauricio Pochettino malah prestasi positif musim ini mampu membuka peluang buat kelab berkenaan mengulangi pencapaian 10 tahun lalu ketika dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada 2008.
“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan piala musim ini biarpun sedar persaingan hebat di sini dengan kebanjiran pasukan dan pemain handalan dunia.
“Kini kami perlu mengekalkan mentaliti yang sama untuk memberikan aksi terbaik dan itu membuatkan saya teruja beraksi di sini.
“Kami telah menunjukkan sebelum ini bahawa Tottenham merupakan pencabar kejuaraan dan jurang di antara kami dan pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris juga semakin mengecil,” kata Lloris.
Spurs ketika ini berada di tangga ketiga liga dan kurang sembilan mata daripada pendahulu, Liverpool.
Antara pencapaian Spurs musim ini ialah mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara selain layak melangkah ke separuh akhir Piala Liga Inggeris berdepan Chelsea. – AGENSI








