LONDON 6 Dis. – Manchester United mencatat keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas diikat 2-2 oleh Arsenal dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford awal pagi tadi.
Begitu pun terima kasih kepada Anthony Martial (m-30) dan Jesse Lingard (m-69) yang berjaya menyamakan kedudukan selepas United dua kali ketinggalan hasil gol pendahuluan Arsenal menerusi Shkodran Mustafi (m-26) dan Alexandre Lacazette (m-68).
Sebelum ini, United juga mencatat keputusan seri yakni 0-0 dengan Crystal Palace diikuti 2-2 dengan Southampton. Ini meletakkan United kini 18 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. – AFP










