Malaysia diminta hentikan pencerobohan perairan Singapura - Utusan Malaysia

Malaysia diminta hentikan pencerobohan perairan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 6 Dis. – Malaysia diminta hentikan pencerobohan terhadap wilayah laut negara itu bagi mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua negara.

Lapor Channel News Asia, Menteri Luarnya, Vivian Balakrishnan ketika menghubungi rakan sejawatan di Malaysia, Saifuddin Abdullah mengutarakan isu berkenaan termasuk soal pengurusan ruang udara.

Katanya, beliau menekankan bahawa terdapat ‘keperluan mendesak’ bagi Malaysia ‘menghentikan pencerobohan’ berkenaan.

“Meskipun bantahan diplomatik yang dibuat, berlaku lagi ‘siri-siri pencerobohan provokatif’ oleh kapal kerajaan Malaysia dalam wilayah laut Singapura di Tuas.

“Kita maklum dengan peta Malaysia 1979 telah melebihi had wilayah laut dituntut di kawasan itu yang mana Singapura tidak pernah bersetuju,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN