Lori hampir terbenam akibat tanah mendap - Utusan Malaysia

Lori hampir terbenam akibat tanah mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Seorang pemandu lori pasir berdepan detik cemas apabila bahagian belakang kenderaannya tiba-tiba terbenam di tengah-tengah jalan raya dipercayai akibat mendapan tanah di Pekan Semenyih, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi yang menyebabkan kesesakan teruk di Pekan Semenyih itu berlaku ketika mangsa sedang memandu di jalan tersebut yang berhampiran dengan sebuah pasar raya.

Menurut sumber, mendapan tanah yang terbentuk di jalan tersebut dikatakan sebesar lima meter persegi.

“Mendapan awal memang telah dikesan tetapi tidak membentuk lubang cuma hari ini semasa lori tersebut lalu di situ lubang besar terbentuk,” katanya.

Ujarnya, lori tersebut telah dialihkan kira-kira pukul 4 petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN