ATHENS 27 Dis. – Sebanyak dua orang cedera termasuk seorang pegawai polis apabila peranti letupan meledak di luar sebuah gereja di tengah ibu negara ini, hari ini. Bagaimanapun masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. Letupan itu berlaku di luar Gereja Saint Dionysios kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan sebelum ia dibuka kepada orang ramai. – REUTERS










