Letupan bom, dua maut dan 24 cedera di Filipina - Utusan Malaysia

Letupan bom, dua maut dan 24 cedera di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 31 Dis. – Dua maut manakala sekitar 24 orang cedera dalam kejadian letupan bom buatan sendiri disyaki dilakukan militan dikaitkan dengan Daesh di luar pusat beli-belah South Seas, Bandar Cotabato hari ini.

Inquirer melaporkan, Jurucakap Tentera Wilayah, Kapten Arvin Encinas berkata, letupan tersebut berlaku ketika orang ramai sibuk membeli makanan menjelang tahun baharu sekitar pukul 2 petang tadi.

“Kami sedang menyiasat jenis letupan digunakan dan kumpulan yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis bandar itu, Superintendan Kanan Molly Octavio mengesahkan kejadian itu berkata, sebelum letupan berlaku pihaknya menerima laporan ancaman keganasan.

“Ketika ini, kita sudah mempunyai saksi dan berharap dapat menangkap suspek,” jelasnya.

Selain itu, sebuah bom buatan sendiri mengandungi serbuk hitam dengan bahan kimia tidak dikenali yang mengeluarkan bau busuk telah ditemukan pada kaunter beg di pusat beli-belah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN