SEBERANG PERAI – Telefon pintar yang dibawa bersama berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada tersesat lebih lama di dalam Hutan Lipur Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam apabila dia ditemui pasukan penyelamat sebentar tadi. Mangsa berusia 25 tahun yang tersesat sendirian ketika melakukan aktiviti memanjat bukit di hutan lipur berkenaan ditemui kira-kira pukul 8.25 malam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jurucakapnya berkata, mangsa telah menghubungi pihak bomba pada pukul 6.46 petang…









