PARIT 13 Dis. – Akibat disangka babi hutan, seorang lelaki parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang rakan ketika sedang membersihkan kebun durian di Kampung Sedengka Ayer Mati, Padang Changkat dekat Bota Kanan di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun terkena tembakan di lengan kanan. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi…