Lelaki maut motosikal dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Pekan Pasir di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.25 petang, mangsa, Lim Kuan Yew, 45, yang berasal dari Kampung Coldstream, Bidor itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 18 tahun itu sedang dalam perjalanan menuju Teluk Intan.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM itu secara tiba-tiba keluar dari simpang menyebabkan pemandu tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN