GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Jeli, di sini malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu mengorbankan Norafandi Noradin, 37, yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Terah, di sini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal…










