Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut setelah ditetak dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Jernih, pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa yang maut berusia 28 tahun, dan merupakan seorang pengurus sebuah pusat hiburan di ibu kota.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah diserang dengan menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki empat jenis kereta jenis Perodua Myvi, Honda HRV, Volkswagen Golf dan Toyota Camry sewaktu dia berada di hadapan pusat hiburan tersebut.

“Mangsa yang cedera seterusnya bertindak melarikan diri dengan masuk semula ke dalam pusat hiburan berkenaan untuk menyorok daripada kumpulan tersebut sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 7.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohd. Zani, selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di bahagian luar pusat hiburan tersebut, pihaknya mendapati telah berlakunya satu pergaduhan yang melibatkan beberapa orang lelaki di situ kira-kira pada pukul 5.30 pagi.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian dan polis telah menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan.

“Kami turut merampas empat buah kereta dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas salah satu daripada kereta berkenaan turut menemui sebanyak tiga bilah parang,” katanya.

Tambah Mohd. Zani, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk bedah siasat dan kes kini diklasifikasikan di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN