Lelaki dipenjara 10 hari curi sepana - Utusan Malaysia

Lelaki dipenjara 10 hari curi sepana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 31 Dis. – Seorang lelaki dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa peralatan dari sebuah kedai perkakas rumah, Mr. DIY, tiga hari lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Alif Syed Mohd. Shaifudin, 24, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sembilan unit perkakas rumah antaranya spanar dan pam tayar bernilai RM321.97 milik Mr. DIY, di Jalan Persiaran Kewajipan, USJ1, di sini pada pukul 4.29 petang, 28 Disember lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.

Terdahulu, Syed Alif memohon hukuman ringan kerana bapanya telah bersara dan perlu membantu keluarga sementara Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memohon mahkamah memohon hukuman setimpal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN