TAIPING – Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada anggota keluarga itu dikhuatiri lemas, petang ini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi. Katanya, saksi memaklumkan, semasa kejadian mangsa, Jastine Michael, 24, berada di atas seketul batu sebelum tiba-tiba dihanyutkan kepala air deras. “Sebaik menerima panggilan kira-kira pukul…










