KUALA LUMPUR – Penumpang wanita yang berada di dalam koc khas untuk kaum hawa diselubungi kebimbangan ekoran perbuatan terlampau seorang lelaki miang yang melakukan gangguan seksual ke atas pengguna khidmat Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sini. Perbuatan tidak senonoh lelaki berpakaian wanita dan lengkap bertudung itu terbongkar selepas gambarnya tular di media sosial sejak kelmarin. Dakwaan itu ada asasnya apabila ramai netizen terutamanya wanita memberi komen mengenai kejadian tersebut. Seorang penumpang wanita yang memuat naik gambar itu mendakwa, dia sudah beberapa kali melihat kejadian tersebut membabitkan individu yang sama.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya