KUALA LUMPUR 10 Dis. – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menempelak tindakan beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang masih mendesak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi. Pengerusinya, Aminuddin Yahaya menyifatkan tindakan suruhanjaya itu sebagai tidak rasional. Kata beliau, meskipun lebih setengah juta rakyat telah menyatakan ketidakpuashatian serta membantah ratifikasi ICERD namun sikap keras kepala serta niat jahat dan sombong menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan sedemikian. “Sikap angkuh ini bagi…