Lebih 40,000 mangsa tsunami dipindahkan - Utusan Malaysia

Lebih 40,000 mangsa tsunami dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Dis. – Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat perlindungan ekoran kejadian tsunami di pantai sekitar Selat Sunda meningkat hampir dua kali ganda kepada 40,000 hari ini.

Pada masa yang sama, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho turut mengesyorkan agar mereka yang tinggal berhampiran persisiran pantai supaya berpindah secara kekal bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.

“Bagaimanapun tindakan itu adalah pilihan terakhir dan agar sukar dilaksanakan kerana ada di antara penduduk yang enggan berpindah selain ruang yang tehad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. –

Semalam, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan yang zon berbahaya telah diperluaskan dari dua kilometer (km) kepada lima km selepas status amaran Gunung Berapi Anak Krakatau dinaikkan daripada waspada kepada siaga. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN