SELEPAS lebih tiga bulan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan kosong, Menteri Besar, Amirudin Shari akhirnya memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman bagi melengkapkan barisan Exco kerajaan negeri. Pemilihan Mohd. Khairuddin itu sememangnya dijangka kerana beliau dilihat penyokong kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, biar pun ketika masih dalam Pas lagi dan ia terbukti apabila Menteri Hal Ehwal…