PENGURUSAN SISA… Bagi meningkatkan pengetahuan dalam menguruskan sisa klinikal dengan cara yang betul, sebuah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), Kumpulan Cenviro telah menganjurkan latihan pengurusan sisa berkenaan secara percuma di Perlis, baru-baru ini. Program yang menyasarkan kepada petugas-petugas klinik kerajaan dan swasta secara percuma itu adalah kesinambungan jelajah pengurusan sisa klinikal oleh syarikat itu di seluruh negara. Program tersebut dirasmikan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis, Azman…










