IPOH 28 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak memberi jaminan bekalan bahan api petrol dan diesel di kesemua 371 stesen minyak negeri ini mencukupi, apabila harga bahan bakar itu dijangka berubah pada 1 Jan tahun depan. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata kekurangan bekalan tidak akan berlaku sekiranya pengusaha stesen minyak membuat pesanan bekalan bahan api berkenaan seperti biasa. “Setiap stesen…










