KUALA LUMPUR 26 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa ada serta mencukupi untuk jualan harian di seluruh negara. Sambil menafikan dakwaan pengguna berdepan masalah mendapatkan bahan api itu menjelang 1 Januari depan, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, petrol dan diesel telah diwartakan sebagai barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 21 Jun 1975.…










