MENITI tempoh lapan tahun bergelar anak seni, Ayda Jebat turut terpalit dengan pelbagai kontroversi. Kisah cinta, perselisihan faham dengan rakan seangkatan, sombong dan sebagainya antara catatan hitam yang terpaksa ditelan. Tidak menjadikan ia kudis yang boleh menjatuhkan semangat, Ayda sedar itu yang harus dihadapinya jika sudah melangkah kaki ke dalam dunia seni. Tapi untuk dia mengalah kepada kata-kata orang pasti tidak mungkin berlaku. Bagi Ayda, 2018 disifatkan sebagai pengalaman yang…










