IPOH – Seorang anggota polis berpangkat konstabel mengalami kecederaan apabila dia mengelak daripada dirempuh samseng jalanan dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kilometer 279 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan di sini awal pagi tadi. Dalam operasi banteras samseng jalanan tersebut, anggota polis berusia 23 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan kaki selepas cuba dirempuh secara…