Koc merah jambu masih diceroboh - Utusan Malaysia

Koc merah jambu masih diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelbagai notis dipamerkan pada bahagian luar dan dalam gerabak sebagai peringatan kepada pengguna bahawa koc merah jambu yang disediakan bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) komuter hanya dikhaskan kepada golongan wanita.

Kemudahan itu disediakan KTMB sejak April 2010 namun malangnya sehingga kini masih terdapat lelaki terutamanya warga ­asing menceroboh koc berkenaan.

Tinjauan Kosmo! dari Stesen KL Sentral ke Kajang kelmarin mendapati, beberapa lelaki dilihat memasuki gerabak wanita dan duduk bersama de­ngan kaum hawa.

Salah seorang penumpang lelaki yang mahu dikenali sebagai Ram, 20-an, memberi alasan tidak mengetahui koc itu hanya dikhaskan untuk wanita kerana jarang menggunakan perkhidmatan komuter tersebut.

“Saya baru tahu koc tersebut khas untuk wanita sahaja tetapi selepas ini saya akan lebih peka untuk tidak menaiki koc wanita,” katanya ketika ditemui di Stesen KL Sentral di sini baru-baru ini.

Seorang lelaki Pakis­tan yang enggan dikenali mendakwa, dia tidak perasan memasuki koc wanita kerana baru kali pertama menggunakan perkhidmatan tren tersebut.

“Saya mengejar ma­sa, saya sendiri sesat sehingga tidak sedar telah memasuki koc wanita.

“Patutlah ada pengguna wanita yang memperhati gerak-geri saya,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×