LONDON 4 Dis. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England, hari ini, selepas pengendali dari Jerman itu memasuki padang untuk meraikan gol pada saat-saat akhir ketika pasukannya menentang Everton dalam perlawanan derby Merseyside, Liga Perdana Inggeris, semalam. Klopp didapati meraikan jaringan Divock Origi secara berlebih-lebihan pada minit ke-96, setelah penyerang itu yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, dengan berlari memeluk Alisson Becker ke…










