SEPANG 10 Dis. – KLIA2 hari ini mengalami gangguan elektrik selama 10 minit berpunca daripada masalah bekalan elektrik yang terputus di pencawang utama berhampiran di sini. Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), walau bagaimanapun keadaan itu yang berlaku dari pukul 2.35 hingga 2.45 petang tidak menyebabkan gangguan operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut. “Bekalan elektrik telah kembali pulih dengan bekalan sokongan dan keadaan kembali pulih sepenuhnya pada 4 petang.…