Rakaman video kisah sedih seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui di sebuah kem pelarian di wilayah Al-Anbar, Iraq meruntun hati netizen bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki dipercayai pemberita bertanyakan kepada kanak-kanak malang bernama Malak itu tentang bapanya. Dengan mata berkaca namun masih mengukirkan senyuman, dia memberitahu, bapanya telah meninggal dunia selepas terkena tembakan oleh anggota militan Daesh. Pemberita itu kemudian bertanyakan kepada kanak-kanak perempuan itu sama ada dia mempunyai makanan untuk dimakan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Tanpa menjawab soalan tersebut,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya