JAKARTA 16 Dis. – Seorang ulama terkenal di Indonesia, KH. Buchori Amin (gambar) meninggal dunia semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Pondok Pesantren (Ponpes) Al-Ishlahiyyah, mukim Singosari dekat daerah Malang, semalam. Memetik laporan portal berita Okezone, ulama yang terkenal dengan gelaran Kiai Singa Podium itu menghembuskan nafas terakhir ketika duduk di atas kerusi di hadapan ribuan jemaah yang hadir kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan. KH. Buchori ketika itu menyampaikan…