Ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini biasa melihat miniatur tiga dimensi pelbagai objek seperti di muzium yang menceritakan peristiwa bersejarah atau adegan tertentu namun tidak ramai yang mengetahui bahawa aksi miniatur dikenali sebagai diorama. Perkataan diorama tercipta pada 1822, berasal dari Perancis yang bermaksud ‘melalui pandangan’ dan dicipta oleh Louis Daguerre serta Charles Marie Bouton manakala dipamerkan buat pertama kali di Paris pada Julai 1822 dan London pada 29…










