Ketua Bahagian Bersatu didedah cuba singkir Ketua Armada - Utusan Malaysia

Ketua Bahagian Bersatu didedah cuba singkir Ketua Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Dis. – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengakui kewujudan kumpulan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak berpuas hati dengan sayap pemuda itu.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan, terdapat Ketua Bahagian Bersatu cuba membuang Ketua Armada Bahagian secara senyap termasuk mempersoalkan kredibiliti mereka.

“Saya mahu beri amaran kepada mereka yang berbuat demikian. Jika tidak berpuas hati dengan Ketua Armada Pusat atau Bahagian, guna cara yang betul. Jangan main belakang-belakang. Ikut saluran yang tepat.

“Ingat! Yang melantik Ketua Armada Bahagian bukan saya. Bukan pimpinan tertinggi parti. Bukan Tun atau Tan Sri,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Tahunan Armada Yang Pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Syed Saddiq kemudian memberi amaran agar pihak terlibat tidak sesekali cuba menyimbah minyak pada api Armada.

“Jatuh bangun Bersatu adalah Armada. Tanpa Armada, Bersatu gulung tikar,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN