KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu kini dilaporkan semakin merosot. Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan berkata, kesihatan Muhammad Adib menunjukkan kemerosotan dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas. “Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati…