Kes ugutan rogol selesai - Utusan Malaysia

Kes ugutan rogol selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI pemaaf adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Meskipun begitu, tidak semua orang boleh menjadi pemaaf dengan mudah. Nama pun manusia, rambut saja hitam tetapi hati lain-lain.

Tapi dalam soal keselamatan, perkara itu langsung tidak boleh kompromi. Tambahan pula membabitkan ugutan rogol. Yang itu dah masuk bab serius tau. Jangan main-main. Sebab itu, ramai yang menyokong pelakon Diana Danielle apabila dia nak buat laporan polis berhubung ugutan rogol beramai-ramai terhadap dirinya baru-baru ini. Orang ramai mahu supaya lelaki yang buat ugutan rogol dalam laman sosial itu cepat-cepat disiasat dan didakwa.

Bagaimanapun tup-tup, Mary dapat tahu yang isu berkenaan itu sudah pun selesai sehari dua ini. Diana akhirnya tidak jadi untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan telah memaafkan individu berkenaan.

Keputusan ini dibuat selepas pihak yang tidak bertanggungjawab itu meminta maaf secara peribadi dengan Diana. Itu yang buat isteri kepada aktor Farid Kamil ini memaafkan tindakan lelaki berkenaan.

“Diana itu mempunyai hati yang besar. Orang nak aniaya dia, sampai nak ugut rogol macam itu tapi boleh pula dia memaafkan. Kalau orang lain, jangan haraplah,” kata sumber kepada Mary.

Bagusnya Diana. Bukan saja cantik tetapi mempunyai hati yang terpuji. Walaupun diuji dengan pelbagai cubaan hidup, dia tetap steady. Bertenang saja menghadapi ujian berkenaan.

Sebab soal memaafkan orang yang pernah cuba menggugat keselamatan diri, sebenarnya kes yang berat. Tak semua orang boleh kuat dan berdepan dengan keadaan begitu. Cayalah!

Tetapi jangan pula menjadikan sifat pemaaf Diana ni sebagai bahan untuk mengenakan dia semula tahu. Kepada semua penulis tidak bergaji dalam laman sosial di luar sana, sila berhati-hati. Jangan mudah beri komen seolah-olah negara ini tidak punya undang-undang. Sekali kena, buruk padahnya, bertahun-tahun makan tak habis tau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×