JIKA disebut lagu berjudul Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki, pasti ramai akan teringat kembali kegemilangan hidup seorang insan seni bernama Shima. Namanya pernah berada di puncak sekitar 1990-an. Malah, dia juga pernah menerima pengiktirafan besar dalam kerjaya seninya sebagai penyanyi. Kelibat empunya nama Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman ini semakin dilupakan pada awal tahun 2000 kerana tidak lagi aktif menyanyi. Begitu pun ramai yang tidak sedar wanita berusia 49…










