KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terutama jika ia melibatkan wang rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan hari ini berkata, ekoran laporan polis yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap bekas pengurusan tertinggi TH, beliau yakin pihak berkuasa akan bertindak mengikut undang-undang. “Sekiranya pihak terbabit didapati bersalah, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan…