KOTA KINABALU 6 Dis. – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri ada menyediakan peruntukan khas bagi menggalakkan pembangunan dan pengembangan keusahawanan dalam kalangan golongan muda, termasuk usahawan luar bandar. Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak menyalurkan peruntukan yang diurus kementeriannya itu sekiranya usahawan dan bakal usahawan berkenaan berpotensi untuk maju lebih jauh dalan perniagaan diceburi mereka. “(Penyediaan peruntukan)…










