Sosok tubuh yang kecil tidak melemahkan semangat wanita bernama Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid. Berumur 29 tahun, wanita yang satu ini memperlihatkan tenaga yang sukar dicabar oleh peserta-peserta larian jarak jauh atau maraton yang lain. Bagi kebanyakan orang, nama Tahira pasti sangat asing, namun bagi peminat sukan larian jarak jauh, nama itu boleh menaikkan bulu roma mereka yang mendengarnya. Manakan tidak, kudrat yang dimiliki Tahira Najmunisaa atau Tahira yang sudah mempunyai…










