TAHUN ini saya nak sihat dan ‘kurus’ itulah antara azam tahun baharu yang sering kali kedengaran di cuping telinga oleh kebanyakan individu yang mulai prihatin dengan isu kesihatan yang sudah semakin parah dalam kalangan rakyat. Merujuk laporan World Health Organization (WHO) 2016, Malaysia merekodkan kadar peratusan obesiti tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara iaitu kira-kira 42.5 pera- tus. Lebih membimbangkan, jumlah penghidap obesiti di Malaysia terlalu tinggi dan hampir setanding dengan…