Kenal pasti pembunuh Adib - Utusan Malaysia

Kenal pasti pembunuh Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan dan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini pada 27 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah memanggil saksi-saksi termasuk empat individu yang ditahan sebelum ini bagi diambil kete­rangan untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian itu.

Ujarnya, kertas siasatan masih dilengkapkan pihaknya sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Daripada 38 individu yang dicari, hanya sebahagian daripada mereka telah diambil keterangan dan masih ada sebahagian lagi yang belum.

“Setiap maklumat yang kita peroleh, kita akan menyiasat le­bih mendalam dari pelbagai sudut sebelum tindakan seterusnya dilakukan,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Disember lalu, PDRM mendedahkan pihaknya sedang mengesan 38 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini.

Susulan itu, empat lelaki telah direman pada 7 Disember lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan bon mahkamah pada 10 Disember lalu.

Mengenai kenyataan peng­analisis politik, Raja Petra Kamarudin dan Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa pihak berkuasa sengaja menutup siasatan kes kematian Muhammad Adib dan memalsukan laporan bedah siasat, Noor Rashid memberitahu, kenyataan kedua-dua mereka sama sekali tidak berasas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN