Nakal dalam Kamus Dewan bermaksud suka melakukan sesuatu yang dilarang. Setiap daripada kita sudah pasti pernah melakukan perkara yang dilarang ketika zaman kanak-kanak tidak kira di rumah mahu pun di sekolah. Makin dilarang, makin kita buat. Biasanya jika di rumah, kenakalan seorang kanak-kanak termasuk menyelinap keluar dari rumah secara sembunyi untuk bermain dengan kawan-kawan. Pada zaman kecil dahulu, penulis sendiri pernah senyap-senyap keluar dari rumah ketika ibu sibuk di dapur.…










