Kenaikan harga KFC sebab pelarasan margin - Utusan Malaysia

Kenaikan harga KFC sebab pelarasan margin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – QSR Brands (M) Holdings Berhad. (QSR) mengesahkan berlakunya peningkatan harga jualan bagi set menu tertentu di rangkaian restoran makanan segera KFC.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, peningkatan itu berlaku ekoran pelarasan margin ke atas harga produk ditawarkan, sekali gus membolehkan mereka terus menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna.

“Kami ingin menjelaskan, bermula Disember 2018, harga kami termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kami berharap para pelanggan dapat memahami bahawa menu kami dicipta khusus agar ia menawarkan pilihan yang mempunyai value for money bagi pengguna dengan kehendak pelbagai.

“Dalam pada itu, posting yang tular di media sosial membandingkan harga Snack Plate dan Dinner Plate di KFC adalah berdasarkan pembandingan harga terkini dengan yang beberapa tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gambar viral di media sosial yang membandingkan harga set menu di KFC.

Pada masa sama, Mohamed Azahari berkata, Super Jimat Box yang dilancarkan sejak tahun 2015 tidak pernah dijual pada harga RM12.50. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN