SEPANG 1 Dis. – Orang ramai menyambut baik langkah kempen ‘Silent Airport’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sejajar usaha bagi menambahbaik suasana persekitaran lapangan terbang. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya menjalankan projek perintis untuk mengurangkan pengumuman sejak empat minggu lalu dan ia mendapat maklum balas positif. Katanya, MAHB menggantikan pengumuman itu dengan lagu-lagu tradisional Melayu. “Kita…