KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebagai tanah pertama dipijak pelancong yang datang melalui laluan udara, peranan lapangan terbang dalam memberikan gambaran baik buat negara kepada pelancong adalah sangat penting. Sehubungan itu, Malaysia Airports mengambil inisiatif melaksanakan kempen JoyfulMalaysia di Lapangan Antarabangsa KL (KLIA). Ia bertujuan menyambut kedatangan pelancong dengan suasana ceria, ramah dan dipenuhi citra tempatan agar para pelancong mendapat gambaran keseronokan yang dapat dinikmati sepanjang berada di negara ini.…










