Kementerian pantau produk kosmetik beracun - Utusan Malaysia

Kementerian pantau produk kosmetik beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sejak Januari tahun ini, sebanyak 142,777 item produk kosmetik yang tidak berdaftar de­ngan Kementerian Kesihatan melibatkan nilai RM3.4 juta telah dirampas.

Statistik itu menunjukkan komitmen kementerian itu memerangi produk kosmetik tidak berdaftar dan beracun memandangkan kini menjadi ancaman yang besar buat kesihatan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Pe­ngarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah me­nasihatkan orang ramai supa­ya berhati-hati semasa membeli produk kosmetik dan ti­dak mudah terpedaya de­ngan

NOOR HISHAM ABDULLAH
NOOR HISHAM ABDULLAH 

iklan yang ditayangkan.

“Orang ramai termasuk pihak media digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat ber­kenaan produk kosmetik yang meragukan,” katanya dalam sa­tu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan tentang penjualan produk kosmetik beracun yang masih berleluasa.

Beliau mene­gaskan, semua produk kosmetik perlu berdaftar dengan kementerian itu dan sekiranya produk tersebut dikesan mempunyai bahan terlarang, status pendaftarannya akan terbatal.

Jelas beliau lagi, pemantauan terhadap produk kosmetik juga diadakan secara dalam talian.

Malah, sehingga Oktober tahun ini, lebih 10,000 alamat laman web, blog, akaun media sosial dan platform e-dagang telah disaring.

“Sebanyak 1,109 sekatan akses terhadap laman web dan akaun media sosial telah dikemukakan kepada pihak berkaitan serta 3,684 notifikasi yang telah dikemukakan kepada syarikat platform e-dagang telah diambil tindakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN