KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mengeluarkan sebarang arahan atau membuat ketetapan untuk menghalang mana-mana pendakwah memberi ceramah di televisyen dan radio. Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, senarai 10 pendakwah terkemuka tanah air yang tular hari ini kononnya mereka tidak digalakan berceramah itu bukan dikeluarkan oleh kementeriannya. Malah katanya, cubaan untuk menyekat mana-mana pendakwah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan baginya, senarai itu mungkin…