Sama ada perkara itu positif atau negatif, sedih atau gembira, semua yang berlaku terhadap diri manusia ialah takdir dan ujian Allah. Dengan keimanan kita wajib menerima semua peristiwa dalam kesabaran dan keredaan. Sekiranya dalam diri ada konsep kesabaran dan keredaan, manusia tidak akan mengeluh, mempersoalkan, merungut, mengumpat, mengungkit dan menyalahkan sesiapa atau keadaan apabila berlaku musibah. Justeru, setiap peristiwa hitam yang berlaku tidak seharusnya ada dalam fikiran, hati dan mulut…










