PAHANG 7 Dis. – Seramai 60 anak-anak pekerja bukan eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menyertai program Alam Flora Nature Camp 2018 anjuran syarikat itu selama tiga hari bermula 28 November lalu di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Raub, Pahang. Program yang bertemakan ‘Wira Alam: Tiada Plan B’ itu merupakan anjuran kali ketujuh Alam Flora dengan pemilihan peserta dibuat secara saringan. Sepanjang tiga hari program itu berlangsung, peserta diberi…










