HONG KONG 21 Dis. – Bilionair Asia kehilangan kekayaan terkumpul berjumlah AS$137 bilion (RM572 bilion) dengan pengasas Wanda Group, Wang Jianlin mencatatkan penyusutan terbesar sebanyak AS$10.8 bilion (RM45.13 bilion). Jumlah kehilangan kekayaan terbesar itu melibatkan 128 bilionair yang berada dalam kedudukan 500 Index Bilionair Bloomberg. Ketegangan perdagangan global dan kebimbangan terhadap penilaian saham merupakan antara punca golongan tersebut mengalami kerugian. Sektor teknologi di China menjadi sangat sukar begitu juga di…










